La-Love In The Houz

La-Love In The Houz
Mencari Cinta Yang Hakiki

Fe-Friendship Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Fa-Follow Me

Pa-Pages

Wednesday, March 28, 2012

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung.

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung
credit to http://www.iluvislam.com
baby

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

p/s: Mudah-mudahan aku menjadi anak sulung yg cekal demi Allah SWT dan utk kedua ibubapa ku. Aminn.

Friday, March 9, 2012

Buat sahabat ku Cik Penna tersayang dan dirindui.

Jari ku ini ingin menari lagi hari ini dek kerana membaca entri sahabatku Cik Penna. Memang aku dah sedia maklum dgn berita ini tetapi baru hari ni berpeluang membaca entri beliau. Sesungguhnya beliau amat tabah dan cekal ditimpa dugaan dari Allah SWT. Di sini ingin sekali aku memanjatkan doa agar beliau sekeluarga dihadiahkan dengan kebahagiaan berganda atas apa yang berlaku. Kerana beliau memang seorang sahabat yang baik. I sayang u Cik Penna. Jaga diri ya. Syabas juga kepada suami beliau yang kuat dan tabah di hadapan beliau. Walhal, kesedihan itu hanya Allah SWT dan orang yang pernah mengalami nasib yang sama sahaja dapat memahaminya.

Cik Penna sahabatku,
Maafkan lah aku andai entri ku ini mengimbas kembali memori itu dan tidak dapat bersama masa susahmu. Tetapi ingin sekali aku memberitahumu sesungguhnya dugaan Allah SWT memang berbeda untuk setiap umatnya. Jika kamu rezeki anakmu maka dari sudut aku, jodohku pula masih belum tiba. Namun sahabatku sayang, aku tahu apalah sangat dugaan ku jika ingin dibandingkan dengan dirimu. Sayang benar Allah pada kamu sahabat. Takdirmu ini memberi kelebihan pada kamu kerana ada cahayamatamu menanti ibubapanya di sana. Aku doakan yang terbaik untuk kamu.

Thursday, February 16, 2012

Doa Untuk Para Sahabatku...

HADIS:
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...
Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.
Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati..
jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..
Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN



 

Thursday, March 24, 2011

Jokes : A Boy Wanna Be A Doctor... Can he?

Medical Definitions
There is one boy, Ah Kok, applying to medical school to become a doctor but he NEVER made it. Do you wanna know why? 

There are the answers he wrote in his entrance exam :

Antibody - against everyone
Artery - the study of paintings
Bacteria - back door to a cafeteria
Caesarean section - a district in Rome
Cardiology - advance study of poker playing
Cat scan - searching for lost kitty
Chronic - neck of a crow
Coma - punctuation mark
Cortisone - area around local court
Cyst - short for sister
Diagnosis - person with slanted nose
Dislocation - in this place
Duodenum - couple in blue jeans
Enema - not a friend
Fake Labour - pretending to work
Genes - blue denim
Hernia - she is close by
Impotent - distinguished / well-known
Labour pain - hurt at work
Lactose - people without toes
Lymph - walk unsteadily
Microbes - small dressing gown
Obesity - city of Obe
Pacemaker - winner of Nobel Prize prize
Proteins - in favour of teens
Pus - small cat
Red blood count - Dracula
(Chinta Anne : this one is sooooo kelakar! hahahaha...)
Secretion - hiding anything
Tablet - small table
Ultrasound - radical noise
Urine - Opposite of you're out
Varicose - very close


JOKES OF THE DAY... GOOD MORNING SUNSHINE !

Friday, March 18, 2011

Laughs of The Day : Love Is In The Air

LAUGH : LOVE IS IN THE AIR


Will You Love Me?
After 5 years of marriage, Ah Miau asked her husband, "Will you still love me when I am hagged and wrinkled?"
"I already do," came the answer.
~Chinta Anne : Ah Miau is hagged and wrinkled already hahaha :P

Marry Him
The trouble with some women is that they get all excited about nothing and then they marry him.

When We Get Married
Sally : When we get married, I want to share all your worries.
Gary : That's very kind of you, darling. But I don't have any worries or troubles.
Sally : Well, that's because we aren't married yet.

A Lot of Confusion
The girl said, "When we get married dear, we will be part of each other. You will be a part of me and I will be a part of you." 
The boy protested, "There will be a lot of confusion when we get up in the morning to get dressed."
~Chinta Anne : Faham x? Very hard to choose either to wear women or men's clothes hahaha :P

Goodbye
"May I see you pretty soon?" Sujesh asked as his said to his girlfriend.
"Why?" she replied in a hurt tone. "Don't you think I'm pretty now?"

Desperate Case
If a man actively pursues a woman he is "romantic", but if a woman actively pursues a man she is "desperate". 
Unfairlahhhhh! 
~Chinta Anne : :P

Breaking Up
I just broke-up with someone, and the last thing she said to me was "You will never find anyone like me again."
And I'm thinking, "I should hope not. If I don't want you why should I one someone like you."

Movie Date
Gazee : Helo Aidah. Can we go to the movies tomorrow night?
Aidah : Sorrylahhh. I'm expecting a headache.
~Chinta Anne : :P Headache can be expect meh?

Punctuation Is Powerful
An English professor wrote the words "A woman without her man is nothing" on the chalkboard and ask his students to punctuate it.
All the males in the class wrote, "A woman, without her man, is nothing."
All the females in the class wrote, "A woman : without her, man is nothing."
~Chinta Anne : :P Dua-dua pun nak menang heheh...

Never Frown
Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with you smile. 

The World
To the world, you may be one person but to one person, you maybe the world.

Under Fiction
Question : Where can men over the age 60 find young sexy women who are interested in them?
Answer : Try a book store under "FICTION"
~Chinta Anne : :P No one lahhhh! heee...

Grateful
Maybe God ones us to meet few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

True Love
Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.



~Wondering where I get all this jokes? Hehehe... From David Tong Great Jokes books... Favorite book to enjoy over a cup of tea.

Saturday, March 5, 2011

Reasons to Smile

Siapa xsuka senyuman? Well, saya suka kalau ada org senyum pada saya... Blog saya malam ni tentang senyuman sbb saya jumpa artikel dalam paper utk saya share pd korg... Sebab utk kita senyum or tersenyum... :)

Dalam artikel ni tulis smile can improve our health, stress level and attractiveness... Baguskan? Tapi 'stress level and attractiveness ni memang saya sgt setuju la... Sebab kalau kita senyum tandanya kita xstress kan and plus siapa yg senyum bertambah xmenarik? Antara senyuman yg paling saya suka tengok senyuman actress Julia Robert... 
Big & pretty smile kan?

Reasons to Smile :-
1) Smiling buat kita attractive
Bila kita senyum akan beri gambaran yg baik tentang diri kita... Yelaa...Kalau org senyum je kan mesti kita tertarik nak tau 'kenapa dia tu seronok sangat ya?' Itu je dah membuka topik perbualan kan! Bagus x? Kalau ada org masam muka or buat muka 'seposen' kita pun malas nak layan orang tu kan? (Muka 'seposen' tu lebih kurang sama mcm muka yg monyok or muka xde moodlaa..)

2) Smiling ubah mood kita
Humm...ada trick kat sini... Next time cuba senyum bila kita tgh marah or xde mood... Apa akan jadi? For sure, kita xjadi marah... Kenapa saya sure sangat? sebab saya pernah cubalaa... Nak tergelak lagi ada tau... Rasa mcm marah tipu-tipu manja-manja je... Even kita marah sambil senyum mesti budak kecik yg xfaham pun sengih tengok kita...

3) Smiling is contagious
Senyum ni berjangkit tau... Ok cuba bayangkan ada org senyum pada kita samada kita kenal atau xla kan, apa reaksi kita? As a friendly person of course kita senyum balik pada org yg senyum tadi tu kan... Itu la yg dimaksudkan senyuman ni berjangkit ;) 

4) Smiling relieves stress
Senyum ni memang boleh release stress... Cuma orang yg stress je xnak senyum kan...kan... Setuju x dengan saya? Hehehehe... Sebab saya pun macam tu kadang-kadang... :p (Pecah rahsia sendiri hahaha...)

5) Smiling boosts our immune system
Bila kita senyum maknanya kita x stress kan? So, tubuh badan kita lebih relax and minda lebih tenang... Dari situ badan kita improve immune system kita sbb badan n minda sihat...

6) Smiling lowers our blood pressure
Humm...Yang ni saya baca dari artikel...  Bila kita senyum, akan ada measurable reduction dalam blood pressure kita... Artikel ni suruh kita try sendiri... Utk sesiapa yg ada blood pressure monitor kat rumah boleh cuba tau! 
Contoh blood pressure monitor

~ Duduk utk few minutes & ambil bacaan blood pressure (bp) kita. 
~ Senyum selama seminit dan ambil bacaan (bp) lagi sambil tersenyum tau.

Tengok ada perbezaan x? Eee... esok saya nak cuba la... Sebab sekarang dah malam dan kat luar dh gelap. Jadi saya cuba esok ok! Result saya nanti saya post & share kat Facebook ok!

7) Smiling releases Endorphins, Natural Pain Killers & Serotonin
Fakta yg ni pulak based on study yg dah dibuat menurut artikel ni la. Ketiga-tiga ni akan buat kita feels good. Well, smiling is a natural drug... Hehehehe...

Senyuman Itu Sedekah ! So, marilah kita tersenyum ... 

Senyum seindah suria yang membawa cahaya...
Senyumlah dari hati dunia mu berseri...
Senyum umpama titian dalam kehidupan...
Kau tersenyum, ku tersenyum kemesraan menguntum...
(* Petikan lagu 'Senyum' yg kita dengar masa kecik-kecik dulu.)


Thursday, March 3, 2011

Sayur Kesukaan Saya : Peria


Peria Oh Peria... Apa 1st impression korg ttg peria? Pahit... ? Xsedap... ? Yaks... ?
hehehehe~

Tula yg selalu saya dengar bila saya cakap saya peberet giler dgn sayur peria... Or nama lain bittergourd and saintific name : Momordica Charantia L.  

Khasiat ke peria ni? Saya pernah dgr orang cakap lagi pahit sayuran tu lg banyak khasiat nya... Tapi xkan la nak  cakap kalau xde fakta kan... 'Orang' tu sape pulak kan hehehe... Click here untuk baca khasiat peria... Siap ada tips untuk masak peria lagi tau... Untuk yg malas nk click link kt atas tu ni saya share kan tips2 nya...

Tips mengenai peria:

• Pilih peria yang belum masak dan masih keras

• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.

• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.

• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.

• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.

• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

Nape saya cerita pasal peria hari ni kan? Mestila sebab saya suka makan n saya masak peria hari ni hehehe... Siapa yg xsuka masak n makan nowadays... Carier woman nowadays suka memasak tau jangan xtahu... So pada yg xboring baca pasal kisah memasak saya boleh la baca lagi ok! ;) Uhh saya patut cakap terima kasih sebab masih sudi membaca aktiviti saya... Sayang kalian !

Menu for lunch : 

Peria Goreng Tepung, Fried Chicken Drumet, Su'un Potato Soup & last but not least ulaman...

Nampak x tangan org yg xsabar nak makan tu? Siapa lg kalau bukan Chip... Dia excited suruh saya ambil gambar masakan saya tp dia dh siap-siap letak dalam pinggan siap dengan nasi nak makan... Hehehe... Itulah sebab utama saya suka masak utk dia... Sebab dia memang nk jadi orang pertama yg rasa... Perasaan excited nak makan tu mmg selalu ada... Kalau tengok muka n 'bunyi' dia lepas suapan yg pertama lagi dahsyat tau... 

Bunyi apa? bunyi orang excited la... Manja la korg ni nak explain selalu hehehe~ 
Bunyi nya : Urmmmmmmmmm... Nyammmmmmm... Slurppppppppp... Emmmmmmmm... Sedapnyeeeeeeeee... (Paling seronok ada buat muka sekali tau si Chip ni) hehehe... Ini semua tanda penghargaan kepada si tukang masak tau... xpercaya cuba buat macam tu pd 'tukang masak' kita... Mesti 'tukang masak' kita lg bertambah seronok nak masak sedap-sedap... 

Marilah kita sama-sama menghargai 'tukang masak' kita !

Wednesday, March 2, 2011

Cara Hidup Sihat Hari Ini We Like

Tadi dah makan lunch yang SIHAT pastu aktiviti petang yg menyihatkan jgk... Seronok dan beronok-ronok ktrg hari ni...

Aktiviti petang : 1) Jogging / Take A Walk (utk yg xlarat macam saya hehehe...)
2) Warm-up & stretching dgn bola netball 
Ahli-ahli : 1) Saya sudah pasti
2) Chip
3) Putrisya (Adik Chip)
Location : Taman Bulatan Miri

Hari ni saya seronok sbb xde lagi sakit2 macam sebelum ni... Happy sgt... Ktrg dapat jogging 2 round then terus pg stretching & main bola sampai lebam... Ishh bukan la lebam yg betul-betul tu... Ape la korg ni... Sampai lebam tu mcm sampai puas la... hehehe~ 

Cukup masa kul 6 ktrg ready nak balik la... Not to forget cooling down dulu kalau x nanti sengal2 pulak badan... Relax jap then heading home... Me driving ok ! Drive sambil menyanyi kegembiraan sbb dapat main bola... Ohhhh, HOW I MISS NETBALL SO MUCH !!


Bola netball ktrg warna hijau dh beli... 


Nanti next agenda nk beli netball stand la kt KL... Buat main2 di halaman rumah... I like! 

Nak berehat dulu... Layan cerita best sambil memasak for dinner... ;)


Eat A Lot of Vegetables :)

Syukur utk rezeki hari ni... Rasa SIHAT dapat makan banyak vege hari ni... Hari ni tema menu saya : 
Eat A Lot of Vegetables... Hehehehe~ 

Kenapa? Sebab ktrg makan banyak sayur hari ni... Saya masak sayur Pak Choy goreng bijan & ulaman + sambal belacan bilis... Dessert pun dh siap2 potong... Lepas makan baru tambahkan whipped cream... Sikit-sikit nk letak whipped cream kan hehehe~ Nak habiskan stok yg ada la... Nanti dh expired membazir pulak beli kan xmakan... Mesti korg nak cakap whipped cream ada SIHAT apa pulak kan? Sebenarnya whipped cream yg ada kt rumah ni jenis 'reduced fat' punya laa... hehehe... Kira selamat jugak la kan heeee~ (Saya cuba nk sedapkan hati la ni...)


Menu vegetables & dessert yg belum tambah whipped cream... Pak Choy & Ulaman... Sambal belacan tu yang paling power... Macam nk jilat jari dgn sambal belacan tu... Siapa yg allergic dengan belacan memang kesian sbb rugi siapa xrasa belacan Bintulu ni...
TERBAIK !

Tips sambal belacan mcm ni : 
Belacan, ikan bilis, cili padi, asam limau, sedikit gula & air panas (Cuba la!)


Dessert : 
Buah Kiwi & Mango + Whipped cream with few drop of  Sunquick

Jatuh Cinta Lagi ! !

Masterchef : Banana Split

Apa yg korg faham tentang Banana Split? Saya? Tentulah eskrem yg ada pisang hehehe... Setakat ni saya dh jumpa 2 orang yg suka giler2 punya dgn Banana Split... Nape xpercaya ke pada org yg ada fav giler2? 

Chip Abdul Rahman dan Aya Soina ni la 2 orang yang saya cakap memang suka sangat dgn Banana Split ni... Chip mmg pantang tengok dessert ada Banana Split & Aya tu selalu order Banana Royale (kot dah lupa namanya) alaa yg kat Baskin Robbins tu... Tapi saya? Dulu saya memang xsuka makanan yg di'mix' together flavour nya... Nak explain lg la tu... Hummm... Contohnya, susu + Milo, Pisang + Kek... Dan termasuklaa pisang campur dgn ice-cream... 

Tiba-tiba hari ni saya boleh jatuh CINTA dgn Banana Split! Nak tau kenapa? Sebab Chip ni buat Banana Split Extreme Fantasy... Nama pun macam mystery kan... Macam tu jugak la flavour nya... Giler yummy xterkata... Ada manis, pahit, sejuk dan masam MANJA2 sikit... hahaha~

Korg nak resipi nya? Boleh cuba jugak dan jatuh CINTA macam saya heee~ Thanks to Chip for the extreme fantasy of her Banana Split... Dia mmg ada creativity in makanan... Thumbs up!

Bahan2 : -
Banana 
(*Apa2 jenis pisang pun boleh asalkan dah masak and boleh makan camtu je ya!)
Ice-cream 
(*any flavour yang korg suka n ada kat rumah time nk buat ni)
Ovaltine 
(*Dia sapu pada pisang supaya dapat rasa pahit2. Kalau nak lagi pahit tambah la kopi sket.)
Whipping cream
Chocolate syrup
Sunquick cordial 
(*Kalau nak lebih masam letaklaa lebih)

~ Susun ikut creativity masing2 ok ;) ! Yang penting perasaan bila makan tu kena menikmati rasa macam melayan perasaan hehehe... Baru kita rasa makanan tu kalahkan hotel sbb dpt buat kita gembira & boleh buat lagi sendiri hehehe...


Walaupun susunan dan rupa ntahapehapentah tp rasa yg paling bahagia bila makan tu paling nikmat! 
Ini pun sbb whipping cream keras susah nak keluar... Lain kali lebih berseni la hiasan tu heee~
P/s: Yang kuning tu Sunquick tau jgn salah sangka pulak hehehe...

Credit to Masterchef Chip ~



Tuesday, March 1, 2011

Chef : Tema masakan kampung

Permulaan yang baik hari ni... Bangun pagi and have a good sweet breakfast Chip buat... hehehe... Thanks ya! You made my day... ;) 

Then pegi pasar, nenek laki chip pesan suh belikan sayur, banana n papaya... Tapi dh sampai sana xde plak betik yang diidamkan nenek jadi ktrg beli la mango utk gantikan papaya tu... And the rest ktrg shopping sayur2an : Pak Choy, kacang buncis, taugeh, ulam Raja dan tauhu... 

Auntie2 kt pasar giler friendly ngan ktrg tp satu je dorg sume cakap bahasa Cina ngan ktrg... hehehe~ 
Dahla kulit saya xberapa nak cerah tp masih ada nampak mcm Chinese girl ke?hehehe... xpela... memandangkan ktrg pun xfaham ktrg pun cakap la dengan auntie tu ; "Mangga satu kilo berapa?" hehehe... Respond auntie? Gelak sbb salah sangka ingat ktrg Ah Moi...

Sampai rumah terus cuci2 sayur n bungkus simpan except taugeh n tauhu... Hari ni nk goreng sayur taugeh with tauhu dan Ikan Temenung Bersalut Tepung Special... Kenapa special? sbb saya selalu marinade lauk-pauk dgn bahan yg variety sampai saya pun dh lupa apa saya letak hahahaha... Kire limited edition la masakan saya ni... :p hihihihi...

Reaksi nenek laki tiap kali saya masak ialah ulang-alik masuk dapur 'amek bau' hahahaha... Comel je... excited la tu nak makan... hihihi... tapi saya pun syok jugak nak masak kalau ada orang excited nak makan...     Apapun, saya letak jugak la gambar menu saya hari ni... utk korg nak terliur masakan kampung... heeee~

Ikan Temenung Bersalut Tepung Special, Taugeh Goreng Tauhu, Telur Dadar Mayo and 
Sambal Belacan Bilis Ulam Raja. 

Jom Makan ! ! !

Gara-gara berjogging :P

Petang tadi angin xberapa baik... bukan angin yg sepoi-sepoi bahasa tu...tapi angin saya...heee~ 

Jadi saya terfikir nak lari laju-laju beribu-ribu KM... andaian jela...mestila mustahil saya nk buat kan dgn badan saya yg dah x 'fit' ni... 

So yg mampu dan mustahil pegi jogging petang kt Taman Bulatan kt Miri ni... Nak tau ke berapa round saya dpt buat? 2 round tp cuma JALAN KAKI je yg mampu saya buat... Eh! jangan cakap saya xcuba lari / jogging ya... saya cube tapi bertahan 1/4  round je... Sebab saya stop adalah kerana saya rasa mcm dah xboleh bernafas tau... Saya takut n berdebar-debar takut pengsan kt trek jogging ni mana ada orang larat angkat kan... 
Terus saya jalan semula untuk sampai ke 'garisan penamat' atau pun nama lain tempat parking kereta utk saya balik...heee~

Tetapi...
Nak dekat sampai garisan penamat lutut saya mcm dah lemah n jantung makin laju... Cemas?Mestila saya ni lagi cemas, cuak semua ada... Saya xpernah rasa sakit kepala macam nk meletup, sakit dada macam nak berhenti berdenyut, pinggang macam nak tercabut, lutut longgar menggeletar N rasa nk termuntah sangat2... Nak ingatkan ya saya cuma jalan kaki 13/4 dan lari 1/4 round jelaa!! Kenape teruk sangat kesakitan saya...??Memang rasa mcm nak nangis isk isk... :'( (tp saya xnangis la sbb saya tau malu sikit hehehe...) Sbb terlalu sakit nk cool down pun xdapat... Terus je duduk dalam kereta minum air mineral banyak2... 

Sekarang ni saya masih lagi tertanya2 apa symptom yg saya dapat td...? 
Antara kemungkinan yg saya dan Chip terfikir: 
1) Chip : Awak selalu bangun lambat dan selalu skip breakfast sbb bangun lambat makanan lunch dah siap...
2) Anne : Bukan sbb tu je... Saya terlampau jarang exercise dan xde stamina lagi...
3) Kurang minum air suam dan banyak minum air manis... (tp kalau byk minum juice ok x?) ;)
4) Terlampau malas dan xaktif bergerak sbb asyik duduk tengok TV dan online sambil mengunyah tidbits...
5) Kurang ambil udara segar sbb asyik duduk dalam rumah, kalau keluar pun duduk dalam kereta... of course xboleh bukak tingkap sbb udara dicemari asap kereta pulak... :'(
6) Banyak stress kan diri fikir masalah dan perkara remeh-temeh pun sibuk nak fikir haishhh... Contohnya? Wahh nak details ya korg ni! Remeh-temeh mcm nak masak apa, nak buat apa, nak makan apa, nak pakai baju apa pun kadang2 boleh stress... heee~

Nanti bila dah dapat link2 or info symptom saya ni saya share ok ;)

Monday, February 28, 2011

Bagus ke ber'belog' ?

Aku br nk berjinak2 ber'belog' lepas smlm tgok ramai kawan2 aku ada share ape yg dorg buat dalam blog...4 me quite interesting... tp Chip ckp buang masa... yeke 'blogging' ni buang masa? kalau xde pape tips yg nk di'share' or xde output n input mmg la buang masa je kot... tp sesetengah org ada kepuasan de tersendiri bila ber'blog' di alam maya dr bercakap n bercerita dgn org kan? aku? aku suka cerita n mntak pendapat org...tp itu pun kalau ORANG NAK DENGAR ape aku cakap... sooooooo, skrg ni aku dpt satu idea *ting*


1st option : kita share dgn org paling rapat / paling boleh dipercayai / yg nak dengar ;)
2nd option : kalau xde org nak dengar mmg la aku kena tulis kt belog ni kan... haaa jgn lepas ni tanya lagi kenapa aku share kt belog ni ;)

Sekian. Saya mandi dulu ya! Hari ni nk mkn tema TELUR... Lepas dh siap apa menu hr ni baru saya share lg ok!

28 February 2011 Tgh malam

Semalam aku baca blog Hanis Zalikha...giler best belog budak nieh...buat aku rasa bagus jgk ade blog ni...rasa mcm ramai je kawan2 kt alam maya...satu kelemahan aku mgkin aku xpandai jaga hubungan aku ngn kawan2 aku...tp nasib pun xmenyebelahi aku sbb bila kawan jemput aku dtg kenduri kawen la tunang la gathering la time tu jgk la aku ada hal...hummmm...isk :'( sedey je kan...(eee...ape aku melalut ni... :P)

Ok berbalik pd ber'belog' ni...bila aku bace blog budak ni aku rs de ade confidence level yg mengalahkan aku...giler syok je de menulis...eh menaip heee~ aku pun giler syok membaca...tau2 tgok jam dh kul 2pagi...alamak kalo c chip tau aku tdo lambat habis la aku kena bebel lg...heee~

Tapi antara tips yg aku suke dlm belog budak ni ialah ttg rambut...So utk mengelakkan tips tu hilang dr simpanan aku, aku nk share kt korg kt sini...Tadaa~ (1st Tips yg aku nk share ni tau! Cayaa la anne)


1. Basuh rambut selang sehari.

2. Never basuh waktu pagi, waktu malam sahaja.

3. Sarung bantal satin.

4. Letak bedak di bantal sebelum tidur (untuk kurangkan minyak dan berbau harum).

5. Jangan basuh rambut guna air panas. Kalau boleh guna ice lebih baik sebab semakin sejuk, semakin bersinar.

6. Selepas styling yang berat after hair show, basuh rambut guna perapi dulu, diikuti dengan shampu.

7. Selalu lindungi dari matahari (sebab I selalu pakai cap). Kalau tengok orang pakai tudung punya rambut, banyak yang sihat (hikmah).

8. Saya jarang letak produk rambut. Sangaat jarang.
9. Sejujurnya, saya tidak memiliki sikat. Kalau selalu sikat rambut menyebabkan kuasa statik menjadikan rambut frizzy. Macam letak kepala dekat dengan tv bila nak on. Kan meremang sikit haha.
10. Guna jari pun boleh. Sikat rambut guna jari masa mandi.

11. Jangan keringkan rambut guna pengering rambut atau tuala secara kasar. Lepas mandi, balut je dengan tuala, then agak-agak dah tak menitik air, buka tuala dan biar ia kering semulajadi.

12. Kalau pakai tudung, tak pernah pakai masa rambut basah.

Wednesday, December 8, 2010

My first blog~ 08/12/2010

This is my first blog ever...So, hye and Welcome to my Chinta Anne's ...