La-Love In The Houz

La-Love In The Houz
Mencari Cinta Yang Hakiki

Fe-Friendship Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Fa-Follow Me

Pa-Pages

Friday, March 9, 2012

Buat sahabat ku Cik Penna tersayang dan dirindui.

Jari ku ini ingin menari lagi hari ini dek kerana membaca entri sahabatku Cik Penna. Memang aku dah sedia maklum dgn berita ini tetapi baru hari ni berpeluang membaca entri beliau. Sesungguhnya beliau amat tabah dan cekal ditimpa dugaan dari Allah SWT. Di sini ingin sekali aku memanjatkan doa agar beliau sekeluarga dihadiahkan dengan kebahagiaan berganda atas apa yang berlaku. Kerana beliau memang seorang sahabat yang baik. I sayang u Cik Penna. Jaga diri ya. Syabas juga kepada suami beliau yang kuat dan tabah di hadapan beliau. Walhal, kesedihan itu hanya Allah SWT dan orang yang pernah mengalami nasib yang sama sahaja dapat memahaminya.

Cik Penna sahabatku,
Maafkan lah aku andai entri ku ini mengimbas kembali memori itu dan tidak dapat bersama masa susahmu. Tetapi ingin sekali aku memberitahumu sesungguhnya dugaan Allah SWT memang berbeda untuk setiap umatnya. Jika kamu rezeki anakmu maka dari sudut aku, jodohku pula masih belum tiba. Namun sahabatku sayang, aku tahu apalah sangat dugaan ku jika ingin dibandingkan dengan dirimu. Sayang benar Allah pada kamu sahabat. Takdirmu ini memberi kelebihan pada kamu kerana ada cahayamatamu menanti ibubapanya di sana. Aku doakan yang terbaik untuk kamu.

No comments:

Post a Comment