La-Love In The Houz

La-Love In The Houz
Mencari Cinta Yang Hakiki

Fe-Friendship Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Fa-Follow Me

Pa-Pages

Wednesday, March 28, 2012

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung.

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung
credit to http://www.iluvislam.com
baby

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

p/s: Mudah-mudahan aku menjadi anak sulung yg cekal demi Allah SWT dan utk kedua ibubapa ku. Aminn.

Friday, March 9, 2012

Buat sahabat ku Cik Penna tersayang dan dirindui.

Jari ku ini ingin menari lagi hari ini dek kerana membaca entri sahabatku Cik Penna. Memang aku dah sedia maklum dgn berita ini tetapi baru hari ni berpeluang membaca entri beliau. Sesungguhnya beliau amat tabah dan cekal ditimpa dugaan dari Allah SWT. Di sini ingin sekali aku memanjatkan doa agar beliau sekeluarga dihadiahkan dengan kebahagiaan berganda atas apa yang berlaku. Kerana beliau memang seorang sahabat yang baik. I sayang u Cik Penna. Jaga diri ya. Syabas juga kepada suami beliau yang kuat dan tabah di hadapan beliau. Walhal, kesedihan itu hanya Allah SWT dan orang yang pernah mengalami nasib yang sama sahaja dapat memahaminya.

Cik Penna sahabatku,
Maafkan lah aku andai entri ku ini mengimbas kembali memori itu dan tidak dapat bersama masa susahmu. Tetapi ingin sekali aku memberitahumu sesungguhnya dugaan Allah SWT memang berbeda untuk setiap umatnya. Jika kamu rezeki anakmu maka dari sudut aku, jodohku pula masih belum tiba. Namun sahabatku sayang, aku tahu apalah sangat dugaan ku jika ingin dibandingkan dengan dirimu. Sayang benar Allah pada kamu sahabat. Takdirmu ini memberi kelebihan pada kamu kerana ada cahayamatamu menanti ibubapanya di sana. Aku doakan yang terbaik untuk kamu.

Thursday, February 16, 2012

Doa Untuk Para Sahabatku...

HADIS:
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...
Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.
Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati..
jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..
Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN



 

Thursday, March 24, 2011

Jokes : A Boy Wanna Be A Doctor... Can he?

Medical Definitions
There is one boy, Ah Kok, applying to medical school to become a doctor but he NEVER made it. Do you wanna know why? 

There are the answers he wrote in his entrance exam :

Antibody - against everyone
Artery - the study of paintings
Bacteria - back door to a cafeteria
Caesarean section - a district in Rome
Cardiology - advance study of poker playing
Cat scan - searching for lost kitty
Chronic - neck of a crow
Coma - punctuation mark
Cortisone - area around local court
Cyst - short for sister
Diagnosis - person with slanted nose
Dislocation - in this place
Duodenum - couple in blue jeans
Enema - not a friend
Fake Labour - pretending to work
Genes - blue denim
Hernia - she is close by
Impotent - distinguished / well-known
Labour pain - hurt at work
Lactose - people without toes
Lymph - walk unsteadily
Microbes - small dressing gown
Obesity - city of Obe
Pacemaker - winner of Nobel Prize prize
Proteins - in favour of teens
Pus - small cat
Red blood count - Dracula
(Chinta Anne : this one is sooooo kelakar! hahahaha...)
Secretion - hiding anything
Tablet - small table
Ultrasound - radical noise
Urine - Opposite of you're out
Varicose - very close


JOKES OF THE DAY... GOOD MORNING SUNSHINE !

Friday, March 18, 2011

Laughs of The Day : Love Is In The Air

LAUGH : LOVE IS IN THE AIR


Will You Love Me?
After 5 years of marriage, Ah Miau asked her husband, "Will you still love me when I am hagged and wrinkled?"
"I already do," came the answer.
~Chinta Anne : Ah Miau is hagged and wrinkled already hahaha :P

Marry Him
The trouble with some women is that they get all excited about nothing and then they marry him.

When We Get Married
Sally : When we get married, I want to share all your worries.
Gary : That's very kind of you, darling. But I don't have any worries or troubles.
Sally : Well, that's because we aren't married yet.

A Lot of Confusion
The girl said, "When we get married dear, we will be part of each other. You will be a part of me and I will be a part of you." 
The boy protested, "There will be a lot of confusion when we get up in the morning to get dressed."
~Chinta Anne : Faham x? Very hard to choose either to wear women or men's clothes hahaha :P

Goodbye
"May I see you pretty soon?" Sujesh asked as his said to his girlfriend.
"Why?" she replied in a hurt tone. "Don't you think I'm pretty now?"

Desperate Case
If a man actively pursues a woman he is "romantic", but if a woman actively pursues a man she is "desperate". 
Unfairlahhhhh! 
~Chinta Anne : :P

Breaking Up
I just broke-up with someone, and the last thing she said to me was "You will never find anyone like me again."
And I'm thinking, "I should hope not. If I don't want you why should I one someone like you."

Movie Date
Gazee : Helo Aidah. Can we go to the movies tomorrow night?
Aidah : Sorrylahhh. I'm expecting a headache.
~Chinta Anne : :P Headache can be expect meh?

Punctuation Is Powerful
An English professor wrote the words "A woman without her man is nothing" on the chalkboard and ask his students to punctuate it.
All the males in the class wrote, "A woman, without her man, is nothing."
All the females in the class wrote, "A woman : without her, man is nothing."
~Chinta Anne : :P Dua-dua pun nak menang heheh...

Never Frown
Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with you smile. 

The World
To the world, you may be one person but to one person, you maybe the world.

Under Fiction
Question : Where can men over the age 60 find young sexy women who are interested in them?
Answer : Try a book store under "FICTION"
~Chinta Anne : :P No one lahhhh! heee...

Grateful
Maybe God ones us to meet few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

True Love
Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.



~Wondering where I get all this jokes? Hehehe... From David Tong Great Jokes books... Favorite book to enjoy over a cup of tea.

Saturday, March 5, 2011

Reasons to Smile

Siapa xsuka senyuman? Well, saya suka kalau ada org senyum pada saya... Blog saya malam ni tentang senyuman sbb saya jumpa artikel dalam paper utk saya share pd korg... Sebab utk kita senyum or tersenyum... :)

Dalam artikel ni tulis smile can improve our health, stress level and attractiveness... Baguskan? Tapi 'stress level and attractiveness ni memang saya sgt setuju la... Sebab kalau kita senyum tandanya kita xstress kan and plus siapa yg senyum bertambah xmenarik? Antara senyuman yg paling saya suka tengok senyuman actress Julia Robert... 
Big & pretty smile kan?

Reasons to Smile :-
1) Smiling buat kita attractive
Bila kita senyum akan beri gambaran yg baik tentang diri kita... Yelaa...Kalau org senyum je kan mesti kita tertarik nak tau 'kenapa dia tu seronok sangat ya?' Itu je dah membuka topik perbualan kan! Bagus x? Kalau ada org masam muka or buat muka 'seposen' kita pun malas nak layan orang tu kan? (Muka 'seposen' tu lebih kurang sama mcm muka yg monyok or muka xde moodlaa..)

2) Smiling ubah mood kita
Humm...ada trick kat sini... Next time cuba senyum bila kita tgh marah or xde mood... Apa akan jadi? For sure, kita xjadi marah... Kenapa saya sure sangat? sebab saya pernah cubalaa... Nak tergelak lagi ada tau... Rasa mcm marah tipu-tipu manja-manja je... Even kita marah sambil senyum mesti budak kecik yg xfaham pun sengih tengok kita...

3) Smiling is contagious
Senyum ni berjangkit tau... Ok cuba bayangkan ada org senyum pada kita samada kita kenal atau xla kan, apa reaksi kita? As a friendly person of course kita senyum balik pada org yg senyum tadi tu kan... Itu la yg dimaksudkan senyuman ni berjangkit ;) 

4) Smiling relieves stress
Senyum ni memang boleh release stress... Cuma orang yg stress je xnak senyum kan...kan... Setuju x dengan saya? Hehehehe... Sebab saya pun macam tu kadang-kadang... :p (Pecah rahsia sendiri hahaha...)

5) Smiling boosts our immune system
Bila kita senyum maknanya kita x stress kan? So, tubuh badan kita lebih relax and minda lebih tenang... Dari situ badan kita improve immune system kita sbb badan n minda sihat...

6) Smiling lowers our blood pressure
Humm...Yang ni saya baca dari artikel...  Bila kita senyum, akan ada measurable reduction dalam blood pressure kita... Artikel ni suruh kita try sendiri... Utk sesiapa yg ada blood pressure monitor kat rumah boleh cuba tau! 
Contoh blood pressure monitor

~ Duduk utk few minutes & ambil bacaan blood pressure (bp) kita. 
~ Senyum selama seminit dan ambil bacaan (bp) lagi sambil tersenyum tau.

Tengok ada perbezaan x? Eee... esok saya nak cuba la... Sebab sekarang dah malam dan kat luar dh gelap. Jadi saya cuba esok ok! Result saya nanti saya post & share kat Facebook ok!

7) Smiling releases Endorphins, Natural Pain Killers & Serotonin
Fakta yg ni pulak based on study yg dah dibuat menurut artikel ni la. Ketiga-tiga ni akan buat kita feels good. Well, smiling is a natural drug... Hehehehe...

Senyuman Itu Sedekah ! So, marilah kita tersenyum ... 

Senyum seindah suria yang membawa cahaya...
Senyumlah dari hati dunia mu berseri...
Senyum umpama titian dalam kehidupan...
Kau tersenyum, ku tersenyum kemesraan menguntum...
(* Petikan lagu 'Senyum' yg kita dengar masa kecik-kecik dulu.)


Thursday, March 3, 2011

Sayur Kesukaan Saya : Peria


Peria Oh Peria... Apa 1st impression korg ttg peria? Pahit... ? Xsedap... ? Yaks... ?
hehehehe~

Tula yg selalu saya dengar bila saya cakap saya peberet giler dgn sayur peria... Or nama lain bittergourd and saintific name : Momordica Charantia L.  

Khasiat ke peria ni? Saya pernah dgr orang cakap lagi pahit sayuran tu lg banyak khasiat nya... Tapi xkan la nak  cakap kalau xde fakta kan... 'Orang' tu sape pulak kan hehehe... Click here untuk baca khasiat peria... Siap ada tips untuk masak peria lagi tau... Untuk yg malas nk click link kt atas tu ni saya share kan tips2 nya...

Tips mengenai peria:

• Pilih peria yang belum masak dan masih keras

• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.

• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.

• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.

• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.

• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

Nape saya cerita pasal peria hari ni kan? Mestila sebab saya suka makan n saya masak peria hari ni hehehe... Siapa yg xsuka masak n makan nowadays... Carier woman nowadays suka memasak tau jangan xtahu... So pada yg xboring baca pasal kisah memasak saya boleh la baca lagi ok! ;) Uhh saya patut cakap terima kasih sebab masih sudi membaca aktiviti saya... Sayang kalian !

Menu for lunch : 

Peria Goreng Tepung, Fried Chicken Drumet, Su'un Potato Soup & last but not least ulaman...

Nampak x tangan org yg xsabar nak makan tu? Siapa lg kalau bukan Chip... Dia excited suruh saya ambil gambar masakan saya tp dia dh siap-siap letak dalam pinggan siap dengan nasi nak makan... Hehehe... Itulah sebab utama saya suka masak utk dia... Sebab dia memang nk jadi orang pertama yg rasa... Perasaan excited nak makan tu mmg selalu ada... Kalau tengok muka n 'bunyi' dia lepas suapan yg pertama lagi dahsyat tau... 

Bunyi apa? bunyi orang excited la... Manja la korg ni nak explain selalu hehehe~ 
Bunyi nya : Urmmmmmmmmm... Nyammmmmmm... Slurppppppppp... Emmmmmmmm... Sedapnyeeeeeeeee... (Paling seronok ada buat muka sekali tau si Chip ni) hehehe... Ini semua tanda penghargaan kepada si tukang masak tau... xpercaya cuba buat macam tu pd 'tukang masak' kita... Mesti 'tukang masak' kita lg bertambah seronok nak masak sedap-sedap... 

Marilah kita sama-sama menghargai 'tukang masak' kita !