La-Love In The Houz

La-Love In The Houz
Mencari Cinta Yang Hakiki

Fe-Friendship Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Fa-Follow Me

Pa-Pages

Wednesday, March 2, 2011

Masterchef : Banana Split

Apa yg korg faham tentang Banana Split? Saya? Tentulah eskrem yg ada pisang hehehe... Setakat ni saya dh jumpa 2 orang yg suka giler2 punya dgn Banana Split... Nape xpercaya ke pada org yg ada fav giler2? 

Chip Abdul Rahman dan Aya Soina ni la 2 orang yang saya cakap memang suka sangat dgn Banana Split ni... Chip mmg pantang tengok dessert ada Banana Split & Aya tu selalu order Banana Royale (kot dah lupa namanya) alaa yg kat Baskin Robbins tu... Tapi saya? Dulu saya memang xsuka makanan yg di'mix' together flavour nya... Nak explain lg la tu... Hummm... Contohnya, susu + Milo, Pisang + Kek... Dan termasuklaa pisang campur dgn ice-cream... 

Tiba-tiba hari ni saya boleh jatuh CINTA dgn Banana Split! Nak tau kenapa? Sebab Chip ni buat Banana Split Extreme Fantasy... Nama pun macam mystery kan... Macam tu jugak la flavour nya... Giler yummy xterkata... Ada manis, pahit, sejuk dan masam MANJA2 sikit... hahaha~

Korg nak resipi nya? Boleh cuba jugak dan jatuh CINTA macam saya heee~ Thanks to Chip for the extreme fantasy of her Banana Split... Dia mmg ada creativity in makanan... Thumbs up!

Bahan2 : -
Banana 
(*Apa2 jenis pisang pun boleh asalkan dah masak and boleh makan camtu je ya!)
Ice-cream 
(*any flavour yang korg suka n ada kat rumah time nk buat ni)
Ovaltine 
(*Dia sapu pada pisang supaya dapat rasa pahit2. Kalau nak lagi pahit tambah la kopi sket.)
Whipping cream
Chocolate syrup
Sunquick cordial 
(*Kalau nak lebih masam letaklaa lebih)

~ Susun ikut creativity masing2 ok ;) ! Yang penting perasaan bila makan tu kena menikmati rasa macam melayan perasaan hehehe... Baru kita rasa makanan tu kalahkan hotel sbb dpt buat kita gembira & boleh buat lagi sendiri hehehe...


Walaupun susunan dan rupa ntahapehapentah tp rasa yg paling bahagia bila makan tu paling nikmat! 
Ini pun sbb whipping cream keras susah nak keluar... Lain kali lebih berseni la hiasan tu heee~
P/s: Yang kuning tu Sunquick tau jgn salah sangka pulak hehehe...

Credit to Masterchef Chip ~



No comments:

Post a Comment